| Subsidi: | wang bantuan yg diberikan oleh kerajaan kpd sesuatu perbadanan dll. bersubsidi mendapat subsidi; dijalankan atau diurus dgn subsidi: projek ~. mensubsidi 1 memberikan subsidi supaya harga sesuatu lebih rendah: Kerajaan ~ harga minyak. 2 membantu dgn memberikan subsidi: Pihak Kementerian ~ projek pertanian itu. pensubsidi orang atau pihak yg memberikan subsidi. |
Sumber : Kamus Pelajar Edisi Ke 2
Malaysia antara negara yang mendahului negara-negara yang membangun dari segi sumbangan subsidi kepada rakyatnya. Dengan pemberian subsidi ini, sesetengah harga barangan bersubsidi dapat dikawal dan mampu dibeli oleh rata-rata pengguna. Jumlah subsidi oleh kerajaan Malaysia mengjangkau angka sehingga berbilion ringgit setahun. Dalam arus pembangunan, kos pentadbiran, gaji kakitangan awam, biasiswa yang menuntut nilai yang lebih tinggi, kerajaan akan bertindak mengurangkan beban kerajaan bagi menampung kenaikkan kos-kos tersebut. Beban yang pertama yang terlintas dalam fikiran 'orang-orang' kerajaan untuk dimansuhkan semestinya Subsidi.Antara Subsidi kerajaan :
1. Bahan Bakar [RON97/95,Diesel, LPG]
2. Makanan [Gula, Tepung Gandum, Minyak Masak]
3. Perkhidmatan [Kesihatan, Pendidikan, Tenaga]
4. Keperluan [Baja, Anak Benih, Peralatan]
Malaysia memang tak dapat mengelak dari menghadapi krisis kenaikkan harga barang yang melanda hampir setiap negara di dunia ini. Satu contoh mudah; harga barang A ialah rm2.00, subsidi kerajaan ialah rm0.80, maka harga pasaran menjadi rm1.20, jika harga barang A meningkat kepada rm2.50 dengan pengekalan jumlah subsidi, maka harga barang A akan meningkat kepada rm1.70. Kenaikkan di sini adalah sebanyak rm0.50, nilai inilah yang akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat TANPA rakyat sedar bahawa bukan kerajaan yang menaikkan harga barang tersebut; kerajaan mengekalkan subsidi tetapi harga barang A yang naik. Fikirkan, adakah masih lagi salah kerajaan, itu baru satu kes. Kes yang lain pula melibatkan pengurangan subsidi itu sendiri yang menaikkan harga barang itu sendiri. Kes seperti ini biasanya apabila subsidi tersebut dikira sudah tidak relevan nilainya kerana kemampuan sesuatu industri atau kepenggunaan untuk terus bergerak pada harga asal tanpa subsidi.
Secara total, lejar kerajaan boleh dibahagikan secara asas kepada 'Pendapatan' dan 'Perbelanjaan'. Apabila nilai 'Perbelanjaan' negara menghampiri 'Pendapatan', pelbagai usaha akan dilakukan untuk menjarakkan jurang antara dua lejar ini, antaranya [Pembekuan projek pembangunan, pengehadan kelayakan pinjaman buku teks, penswastaan sektor-sektor kerjaan, mengurangkan/memansuhkan subsidi, pembekuan pengambilan kakitangan awam, ketiadaan bonus tahunan, belanjawan ekonomik, sendiri boleh fikir], bagi orang yang berkepentingan terhadap perubahan yang dilakukan kerajaan itu, yakni bila mana perubahan itu tidak lagi memberi keselesaan bagi mereka, aura tidak berpuas hati akan memuncak......
Sesetengah orang berpendapat, kerajaan tak perlu mengambil tindakan memotong bantuan secara drastik tetapi lebih kepada [potong elaun menteri, memastikan tender2 kerajaan pada harga pasaran dan bukannya kerana faktor 'Local Order' , penelitian projek2 yang dikira masih pada tahap tak perlu dijalankan dengan segera]. Seperti biasa, apabila dua pihak berkepentingan merebut sesuatu berharga [Kerajaan hendak kurangkan perbelanjaan negara, rakyat mahu lebih banyak kesenangan] , politik akan menjadi medan penentuan.
Kerajaan BN sedang berhadapan dengan krisis kenaikkan harga barang yang semakin meruncing dan pada hemat aku adalah sangat tak kena masa dengan bayangan PRU-13 pada tahun depan. Pakatan Rakyat menunding jari dan mengatakan ia disebabkan oleh salah laku pengurusan dana kerajaan yang melibatkan kes2 rasuah, penggelapan wang kerajaan, tuntutan palsu, pembaziran perbelanjaan untuk projek tidak bermanfaat tinggi. Mantan Timb. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengatakan, amat mustahil bagi sebuah kerajaan yang mengaut hasil minyak pada harga yang tinggi tidak mampu mengimbangi penggunaan minyak negara melalui subsidi. Kata Dato' Shabery Cheek, tak kan hasil minyak negara hendak tampung subsidi minyak semata-mata, jalan hendak dibina, sekolah, jambatan, gaji pekerja, peruntukkan sukan, kalau nak guna semua, mana lagi nak cari dana untuk pembangunan? Petroleum sememangnya pendapatan utama negara. Bagi pendapat kawan aku pula : macam mana kita boleh pastikan subsidi yang ditarikbalik/dikurangkan itu difokuskan untuk pembangunan dan bukannya memenuhkan dompet kroni-kroni yang melobi projek. Seorang pegawai UKM pula berkata : Subsidi sepatutnya menjadi pendorong kepada para pengguna sehingga mereka mampu beroperasi pada harga asal barangan yang disubsidi,
Jadi, tarik salah, tak tarik pun salah, apa pun tak boleh, pada pendapat aku, ada sesetengah subsidi kerajaan patut tarik balik secara beransur-ansur dan ada yang perlu dipertingkatkan lagi nilai subsidinya. Rakyat juga perlu sedar, kenaikkan harga barang bukanlah kehendak kerajaan terutamanya dalam skop ingin mengambil hati pengundi. kalau taukeh tauhu nak jual tauhu rm10.00 sekilo pun, kerajaan hanya boleh mengawal harga tauhu pada harga siling dengan memasukkanya ke dalam senarai barangan harga kawalan, dalam kes ini, taukeh tauhu tu yang mahu naikkan harga, kerajaan akan pening kepala dan rakyat yang sengsara. Buatlah keputusan anda, adakah subsidi itu hak rakyat ataupun pemberian oleh pihak kerajaan?
No comments:
Post a Comment