Saturday, May 21, 2011

The Greatest Rival In Malaysia : UMNO vs PAS



UMNO, akronim daripada United Malay National Organisation, merupakan parti terbesar di dalam kancah politik malaysia. sedikit sejarah mengenai UMNO, UMNO diasaskan oleh Dato' Onn Bin Jaafar setelah Kongres Melayu Se-Melaya yang pertama berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman pada Mac 1946. Kongres berkenaan yang dipengerusikan oleh Dato' Onn sendiri telah meluluskan 3 usul iaitu:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

Selepas Kongres yang ke-3, UMNO secara rasmi ditubuhkan dengan nama Bahasa Melayunya Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu [PEKEMBAR]. Seterusnya UMNO lantang memperjuangkan hak Penduduk Tanah Melayu dan Bangsa Melayu itu sendiri. UMNO menjadi Parti Politik yang telah mengekalkan penguasaan majoriti kerusi Parlimen Malaysia melalui sistem pilihan raya bersama-sama parti komponen Barisan Nasional BN.




PAS, akronim daripada Parti Islam Se-Malaysia. Jika anda tertanya kenapa tak disebut sebagai PIS, ini kerana asas penulisan asal nama parti ini adalah Jawi di mana perkataan Islam اسلام
di baca dengan sebutan asal huruf Alif [ا] sebagai huruf roman [A]. PAS ditubuhkan pada tahun 1951 dengan kesedaran ahli-ahlinya untuk mendaulatkan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di Tanah Melayu ini. PAS cukup popular sebagai musuh tradisi UMNO yang memperjuangkan Daulah Islamiyah berbanding Nasionalisme UMNO. PAS boleh dikatakan sebagai penjenamaan semula Hizbul Muslimin. Hizbul Muslimin diharamkan oleh British pada Ogos 1948 di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Antara perlembagaan awal PAS adalah :

1. Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

2. Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

3. Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

4. Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth.



Aku mnulis pasal/perihal UMNO dan PAS ni kerana aku membesar dgn citer2 politik ni. tak cukup cikgu2 skolah, pakcik2 yg lepak kedai roti canai Hj Man [sebelah Masjid Baru Sura], kt rumah, sebelah rumah, kat masjid, surau jgn citer la, sumernye citer politik. zaman aku nak kenal dunia adalah dalam tahun 90-an, zaman ni kes politik yg panas trmasuk la kes liwat Anwar, kes kafir-mengkafir, kes skandal ahli politik, pecat Hakim [bukan Hakim Miswan], kontroversi Perwaja Steel.

UMNO adlah parti politik yg mperjuangkan nasib org melayu. PAS mperjuangkan perlembagaan Islam. pandangan seorang kawan aku yg tak minat politik " Kalau da melayu tu bukan islam ke, sia-sia je gaduh". kalau la ade politician yg dengor ni mesti angin satu badan, mne tak nye, sepanjang hayat di isi dgn perjuangan, xkn sia2 je kot. Kata-kata seorang lagi rakan aku yg terlibat dgn politik secara langsung "politik tu wujud sbb ada kepentingan" ayat dia ni aku sokong 100%, mungkin bkn kepentingan secara peribadi tp kepntingan segolongan insan yang merebutkan sesuatu yg berharga. Di kala, politik malaysia tgh mengarut saat post ni ditulis, aku harap belia2/pengundi2 di luar sana dapat membuat pilihan yang bijak.

bagi aku, aku nak hidup di dlm negara malaysia yg aman, masyrakat berbilang kaum, aku boleh membeli belah dgn aman, solat tanpa ada org nk tembak, bukak puasa dgn mknan yg mencukupi, JPA xkn byr biasiswa lambat, dan ade org tlg bom Justin Bibier. Kerajaan n pembangkang perlu utamakan isu kebajikan n kemaslahatan umat manusia bernama khairul, amsyar, syukri, Ramanesh, Anderson, Choon Xian, Huan Huan daripada menghangatkan isu politik menjatuhkan mcm "ko sial, ko rembat bini org, ko kaki teguk, ko gila kuasa, ko siamang, ko beruk, ko buncit" mcm budak2. Tapi kalau da kene 'fire' tu mmg nk kne 'fire balik' la kan, maruah diri mmg kne jaga, atas masing2 punyer matlamat la.

tapi aku cukup kagum dgn rivalry antara UMNO dan PAS ni, sementelah pengtengkaran, pencakaran, perludahan dan pengumpatan antara mereka, aku dapat tgk byk kelemahan n kebaikkan sesuatu dasar itu dijalankan tak kisah lah Kerajaan Negeri atau Pusat. ada mat salleh wanna be ckp focus to what being said not the person who said it. aku ckp plak, kene tgk gak org yg bercakap tu, kadang2 die backup sesuatu dasar tu kerana Parti tu yg cadangkan x kisah lah seburuk mana pun dasar tu pastu kritik giler2 dasar yg dibuat parti lawan sbb kalau sokong nt masuk neraka la, pengkhianat bangsa la, penderhaka Sultan la, lain kali kalau nak kritik dasar kerjaan pusat/negeri ke, biar berfakta sket, ade bukti sket, ada pandangan org yg berpngalaman mengenai dasar terbabit sket, budu sket, belacan sket, baru la org yg baca/dgr kritikan tu akan berfikir n buat penilaian yg matang samada utk menyokong atau menolak sesuatu dasar yg dicadangkan.

Aku secara peribadi menyimpan hasrat yg tinggi utk melihat PAS dan UMNO bersatu, bersatu atas nama Agama dan Bangsa, nescaya kaum2 lain pun akan turut mendapat manfaat. nanti rosak kreter tepi jln, pastu ada org dtg tlg, mase tu konpem org tak tnye "ko umno ke pas?" org akn tolong atas dasar mengambil berat antara satu sama lain. Doktor yg nk wat neurosurgeri pun xkn tnye "ko ni melayu ke, Cina ke, India ke, Iban ke?" jadi, apakata pemimpin UMNO n PAS ni duduk semeja, samakan matlamat dan halatuju parti, buang yg keruh, amik yg jernih, mulakan revolusi politik bersih, tidak berkepentingan peribadi, dan yg paling penting untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

1 comment: