Tuesday, July 19, 2011

Dosa Demokrasi

(dĂ©mokrasi) 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya di­kua­sai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas; berdemokrasi mengamalkan atau ber­asas­kan prinsip-prinsip demokrasi; mendemokrasikan menjadikan ber­demo­k­ra­si, menjadikan sesuatu berasaskan de­mo­krasi; pendemokrasian perihal (tindakan, proses, dsb) mendemokrasikan: ~ pilihan raya; ~ pendidikan peluang mendapat pendidikan bermutu.
sumber - kamus dewan edisi ke-4

Demokrasi, secara umum semua orang kt Malaysia tau ia adalah satu bentuk pentadbiran oleh kerajaan yg dibentuk secara majoriti oleh pemenang2 kerusi parlimen melalui satu sistem Pilihan Raya. Kuasa Raja terjamin melalui perlembagaan selaku ketua negara dan merupakan individu yg bertanggungjwb mengisytihar darurat [rujuk budak2 law]. Melalui dua elemen ini maka terbentuk la sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan.

Apa pula itu dosa?

1. perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama: segala halal haram, ~ pahala telah pun diketahuinya benar-benar; lebih baik mati dgn tidak berpahala drpd hidup bergelumang ~; 2. perbuatan atau kelakuan yg bertentangan dgn prinsip-prinsip moral: perbuatannya itu adalah satu ~ yg besar terhadap keluarga mereka; menebus ~ ber­ikhtiar supaya dosa dapat diampunkan; ~ kering dosa (kesalahan) yg sengaja dilaku­kan walaupun diketahui hukumannya dr segi agama; berdosa 1. melakukan dosa: orang yg ~ akan menerima balasannya; 2. bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat, negara, dsb): lain orang yg ~ lain pula yg dituduh; pendosa orang yg berdosa: sesungguhnya seorang ~, secara semantik dikenal sbg orang yg fasiq.
sumber - kamus dewan edisi ke-4

Jadi apa yg aku cuba maksudkan dgn dosa demokrasi ialah

"Sesuatu keputusan yg dibuat oleh sekumpulan org yg diwakilkan kuasa [demokrasi] secara majoriti tidak mengikuti nilai2 norma manusia dan tidak berkepentingan kpd org yg mewakilkan mereka kuasa tersebut"

bg orang yg susah nk faham, kita gunakan contoh: Ahli2 Parlimen memperoleh majoriti 2/3 utk meluluskan pembatalan cukai terhadap minuman keras. mustahil? tak mustahil, ini kerana bentuk sistem pemerintahan kita yg melaung2kan demokrasi, ade org ckp xkan lah jadi mcm tuuu....., kan kt dlm parlimen tu majoriti org melayu/islam....., aku jawab..... BETUL, tapi agama/bangsa ahli2 parlimen tu No.2, yg No.1 tu adalah HAK ahli2 parlimen tersebut sbg individu terpilih secara sah melalui undang2 utk menyokong atau membangkang usul pembatalan cukai minuman keras........, ini dua perkara berbeza. tp tu baru contoh.

Lihat suasana politik Malaysia skrg, adakah ahli2 politik memperjuangkan kebaikkan rakyat atau demi kepentingan golongan tertentu, OK STOP!!! STOP!!!! jangan duk tuding umno ke, pas ke, pkr, dap ke, dlm berbahas isu politik kita kena terbuka, terbuka dr segi mengutamakan nilai, ilmu dan kepentingan sejagat........., jap........, macam ada yg kurang, eh muin mana keutamaan utk ISLAM, xde kerrrrrrr, rileks aku blm kapir lagi,

SEKARANG, dalam negara kita ada BN n PR, ape perbezaan dr segi nilai,ilmu dan kepentingan sejagat dlm matlamat kedua2 gabungan ini, ade x antara dua ni yg mahu melihat negara ini hancur, rosak, perang sana sini, SUMPAH xder kan. Jadi kita pergi ke peringkat seterusnya, ape perbezaan dlm tindakan/carakerja/perlaksanaan kedua-dua gabungan ni utk mencapai matlamat, uuuuuuuiiiiiiihhhhhhhhhh jgn ckp la, smpai esok tulis pun tak abih, masing2 akan cakap cara masing2 adalah yg terbaik, cara pihak lawan la cara kotor n keji [aku x cakap sapa2 noooo] so kita turunkan parameter kita [nilai, ilmu, kepentingan sejagat] kpd cara perlaksanaan kedua-dua gabungan, mase tu la kita akan tau tinggi rendah langit, tp bg sesetengah org yg HARDCORE mmg xkn terima kelemahan parti sendiri n sememangnya akan ungkit kesialan parti yg die x suke, sape yg pernah tgk citer Paul 2011 mesti ingat quote ni " You Can't Win With These People", haha scene tu menunjukkan watak Paul yg cuba menerangkan universal creation kpd Ruth yg berpegang kpd Theology, x kire mcm mane pun Ruth buat pekak badak dan sama sekali enggan menerima penjelasan dr Paul. so pada peringkat perlaksanaan matlamat, kita sepatutnya boleh menilai baik buruk sesuatu parti itu, aku hnya kata sahaja, korang fikir la sendiri baik atau buruk,

Nilai, Ilmu, Kepentingan Sejagat, ni saje parameter yg aku gunakan, kenapa? sbb ketiga-tiganya kita boleh terangkan secara justifikasi kpd manusia secara umum yg mempunyai akal tanpa mengira Agama yg dipegang. Aku tak minta korang ketepikan agama dalam menilai sesuatu parti, [sila baca dgn teliti] aku mohon korang gunakan parameter ni memandangkan kita ni merupakan komuniti majmuk, PR ke BN ke, masing2 ade elemen non-muslim, BAGI AKU, sebagai orang islam, kita WAJIB utamakan agama kita dlm kehidupan seharian, NAMUN, apabila kita berdepan dgn kawan dan lawan yg bukan beragama islam, perkataan ISLAM dorang xkan pandang, yg dorang akan pegang adalah kepentingan sejagat, putar belit la kot alam barzakh mana pun, ikatan yg kita nampak kukuh itu sebenarnya terselindung kepentingan tertentu, kalau kepentingan itu utk ISLAM xpe la, aku sokong 100%, masalah timbul bila kepentingan itu adalah berbentuk LIBERAL, tu baru satu part, untuk satu part lagi ni, sibuk pertahankan bangsa dan agama......, hunus da mcm2 hunus, Tuan Tanah la katakan, tp agamanya kemana, tp still masih beragama,

Akhir kata, buat pilihan yg tepat, jgn anda semua dpt saham dosa demokrasi utk bawa ke kubur nt, mase aku tingkatan 3, kt surau jln kenanga [ni surau org PAS], ade sorang ni tabligh ni bgtau aku, mendekatkan sesorang muslim itu kpd masjid adalah 10 kali lebih baik drpd mengislamkan org kafir, so faham2 la maksud ni............

Barang Baru Takkan Selamanya Baik, Barang Yang Buruk Kita Tukar Yang Baru

No comments:

Post a Comment